Top Model

Ramadan

Ramadan bulan puasa bagi yang Islam Agamanya ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all pembaca blog ini. haa ~

Sekarang dah masuk bulan ramadan. Hari ni, di saat menaip blog ini, sudah ramadan ke 9 . Kejap je masa berlalu kan ~ Alhamdulillah, setakat ni puasa penuh lagi. hehe. Yang lain macam mana? Puasa ke tidak? haa. Boleh dikatakan hampir semua kedai makan kat campus ain tutup laa. Ada laa 2 ke 3 yang bukak. Kalau tak salah laa. Takde masa nak kira. hehe. Ulang-alik pergi class time ramadan ni so far still okay laa. Tapi yang tak tahannya tiap2 pagi dalam train memang ngantuk laa. Nak dapat tempat duduk pun ikut nasib laa. Ada satu hari tu, dah laa xdapat tempat duduk, boleh ain bantai tido berdiri. hahaha. Ada jugak laa yang takde perasaan simpati langsung. Adelaa satu ehem ni, orang tgh2 penat puasa apasalahnya bagi chance kat kita duduk. Ni tidak, dia cepat2 duduk kt tmpat kosong then buat muka tak bersalah. Rasa nak ketuk2 je muka dia. EEE nasiblaa puasa kan. Iman masih kental! haha.

Tak tahu nak taip apa dah. Otak tak berkembang dengan baik hari ni. hahaha ~




P/s : Aktiviti time bulan ramadan, di petang hari hanya memasak ~ hehe kecuali Sabtu Ahad kalau kerja.


Jerebu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah, jerebu di Shah Alam kini makin berkurangan. Tak macam sebelum ni. Masya-Allah, teruk yang amat. Effect dia, ain selsema sampai hari ni tak baik-baik. Fuhh, teruji kesabaran. Nasib baik ada Iman. haha ~ Tapi musim jerebu ni ramai pulak orang ambik part time jadi ninja kan :P Contohnya macam ni :


Hehe, nak jugak minah ni selit. haa ~ Ehh suka hatilaaa. Blog siapa? ye dok :P
Okay, sampai situ jelaa nak cerita. Sebab tak tahu nak taip apa lagi. haa. Ohh yee. Now dah masuk sem baru. sem 2 dah kitee. Pointer last sem untuk final exam ehemmm ~ Nak bagi tahu ke? haa. Emm, 4flat ke? hehe, tak leeee. Kurang usaha, tu xdapat 4flat. kita dapat 3.*8 jee. Haa cari sendiri. hehe. K tu jee, selamat malam.

P/s : Cite bab kawen ni, tadi saja tanya mama ain hantaran nnti berapa k? Dia kata kalau gantikan hantaran dengan tabung haji pun takpe. Mama : " kalau dia penuhkan buku tabung haji kakak ni sampai habis page pun takpe ". Hahahahaha ade2 je mama ni. tp ok apa. Sah2 terus masuk akaun kan? hehe. Bijak! Mama siapalah tu ~

Tiga Minggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera blogger....

Sekarang saya tengah cuti sem selama 3minggu sehingga 23hb Jun. Perasan tak lama jugak tak update blog kan? Sebab busy. Lepas habis je exam hari tu, saya terus pi Kuantan. Naik bas. Dah cerita kan? haa. Dok bercuti kat sana walaupun saya dapat pi kejap je. Sekurang-kurangnya takdak laa bosan terperap kan. Tunjuk satu gambaq jelaa na ~


Ni time kat pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Seronok taw kat sini. hangpa semua harus ke sini. Tenang je rasa ~ haa. Lepas je balik dari Kuantan, ceq pi cari kerja. Try la minta part time kat fast food, sbb sana ja boleh terima part time kan. Try mcd besaq tepi jalan kat Shah Alam tu, tapi depa nak 3 bulan pulak. Tak jadila nak keja sana. Last-last saja try kfc, minta tlg si adik Ifa ni. Then, alhamdulillah dapat. So, pergilah settle kan semua yang perlu di settlekan. Kwsp, maybank, ic pe semua. Dan yang paling penting, perlu inject typhoid! Tapi ceq ni kira bernasib baik laa jugak, xperlu kena inject. Time tu pulak stock habis, ceq makan pil ja. Ada tiga biji. So, selamat la dari jarum kan :P hehe.

Hari pertama kerja tu rasa macam kekok sikitla. Kat situ pun ramai laki kan.Ceq kena jadi cashier. Mula-2 tu just belajar sikit2 jela. Tolong packing2 barang. Hari ketiga baru bukak kaunter sendiri. Tapi jujur laa, ceq buat kerja slow. Sekarang pun walaupun dah genap seminggu kerja hari ni still slow tapi laju laa sikit dari mula2. haa. Then dah tak malu sangat dah. Depa semua okayy. tu yang seronok tu. Sporting semua.

Malas laa nak taip panjang-panjang lagi, nanti kang tertaip benda lain. Bocoq rahsia kang :P haha. Cukuplaa sampai sini naa. Ni ha satu gambar lagi.


tadaaaa ~ Jerawat muncul !! SPoil :'(

P/s : Kerja kfc jari dah melecur tiap kali nak ambik whipped potato ~ tapi, apa ada hal. redah je laa ~ haha takdelaa teruk sangat.